Tuesday, March 10, 2009
Friday, February 17, 2006
Wasiat Dr. Abdullah Azzam

"Beberapa wasiat yang ditulis oleh Dr. Abdullah Azzam dalam buku beliau, HAMAS, Sejarah dan Piagam(terjemahan)
1. Kepada anda hendaklah mengikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'
2. Kepada anda hendaklah membaca Al Quran sejuzu' setiap hari.
3. Hafazlah Al Quran setiap hari walau satu ayat.
4. Kepada anda hendaklah berzikir pagi dan petang.
5. Beterusan membaca zikir-zikir siang dan malam(al-mathurat), doa-doa makan, berpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.
6. Kuasailah tafsir-tafsir kecil kecil seperti Jalalain atau Mukhtasar Tabari dan juga Riadhus Salihin.
7. Bacalah kitab Manhaj Haraki Lil-Seerah Nabawiah-Munir Ghadban
8. Bacalah kitab Hayatus-Sahabat oleh Muhd YusufKandahlawi
9. Bacalah kitab Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq
10. Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara-perkara yang membatalkan iman.
11. Kepada anda milikilah kitab Tarikh Islami oleh Ahmad Syakir.
12. Janganlah anda membuang waktu yang terluang,perhatikan buku buku Islam terutamanya Rasail Al-Banna, KeluargaQutb, Said Hawa, Mustaffa Masyhur, Al-Qardhawi, Fathi Yakan,Al Maududi, Muhammad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Rashid dan Jasim Muhalhal.
13. Peliharalah anggota badan anda dari perkara-perkara maksiat nescaya Allah akan pelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.
14. Janganlah anda mencari teman kecuali mukmin dan tidak makan makanan anda kecuali orang yang bertaqwa.
15. Hindarilah perkara-perkara haram khasnya wanita.
16. Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tidak tidur selepas fajar.
17. Kepada anda hendaklah bangun waktu malam.
18. Tanamkan niat untuk berjihad dan bersedialah untuknya serta mengambil bekalan untuknya.
Wednesday, January 18, 2006
Kahwin ! adat Melayu memudahkan ? Ajaran Islam menyusahkan ?
Oleh ROZMAL MALAKAN
KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan. Keruntuhan moral berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan ‘panas’ dada-dada akhbar. Krisis keruntuhan moral bangsa Melayu ini diburukkan dengan penyalahgunaan teknologi komunikasi terkini. Gambar-gambar serta video klip lucah dengan mudah diperolehi melalui teleifon bimbit dan internet. Ianya merangsang perkembangan seksual anak-anak pada peringkat yang lebih awal.
Hanya perkahwinanlah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan moral seksual serta mengelakkan lebih banyak jenayah seksual. Lebih memburukkan ianya akan membabitkan pembunuhan samada di peringkat janin ataupun bayi yang tidak berdosa dan adakalanya wanita sendiri yang sering menjadi mangsa samada dibunuh atau membunuh diri bagi menutup kesilapan dan keterlanjuran.
Akan tetapi muda mudi beranggapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ianya sesuatu yang menyusahkan. Bermula daripada hantaran tinggi yang kebiasaanya tidak kurang RM3000 mutakhir ini. Persiapan majlis pertunangannya, persiapan kenduri kendaranya, persiapan pelaminnya, persiapan pasukan kompangnya dan banyak lagi, yang barangkali jika dibuat pinjaman untuk menguruskan kenduri kahwin ini mungkin apabila sudah beranak pinak, pinjaman bank masih belum habis dijelaskan. Akhirnya pasangan yang sudah memuncak nafsu syahwatnya, mengambil jalan pintas, lebih baik mereka duduk bersekedudukan sementara menunggu tempoh pertunangan yang lama untuk mengumpulkan belanja perkahwinan.
Adakah ini ajaran Islam atau hanya adat kita orang Melayu? Adakah ajaran Islam yang menyusahkan pasangan muda mudi untuk berkahwin sekarang ini atau hanya adat Melayu yang meyulitkan pasangan muda mudi untuk berkahwin? Apakah orang Melayu malu jika anak mereka tidak mengadakan kenduri besar-besaran untuk perkahwinan anak mereka, hantarannya sedikit tetapi tidak malu pada Allah apabila anak mereka keluar dengan pasangannya sebelum mereka berkahwin?
Sedangkan dalam Islam sudah dianjurkan , apabila muda mudi Islam sudah sampai tempoh mereka untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan dan dipermudahkan. Malah pernah kita dengar cerita bagaimana Nabi Muhammad S.A.W menyuruh para sahabat mengadakan kenduri kahwin sekadar yang mampu dan seadanya walaupun hanya dengan memberi minum air dan makan tamar.
Ini adalah kerana tujuan diadakan kenduri kahwin atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya untuk mengelakkan fitnah. Namun kepada mereka yang mampu untuk mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran ianya bukanlah menjadi halangan jika niat mereka adalah untuk memberi makan kepada semua tetamu yang hadir.
Akan tetapi media harus memainkan peranan agar tidak terlalu memperbesarkan majlis kenduri kahwin yang hebat-hebat dan mewah-mewah , kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi masyarakat supaya berlumba-lumba mengadakan kenduri kahwin yang hebat-hebat. Untuk mengawal keruntuhan moral seksual yang semakin teruk dewasa ini, media harus memainkan peranan agar mempromosi kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana. Kenduri kahwin yang tiada pelamin berharga beribu-ribu ringgit, kenduri kahwin yang tiada persalinan bajunya yang berpasang-pasang, kenduri kahwin yang dibuat di masjid, kenduri kahwin yang dibuat secara beramai-ramai dan sebagainya. Dengan ini masyarakat akan berlumba-lumba untuk mengahwinkan dengan segera anak mereka, kerana mereka tidak berasa malu lagi jika kenduri kahwin hanya dibuat kenduri ‘sejambar nasi’ atau seperti kenduri doa selamat.
Muda mudi kita sekarang ini semakin keliru apakah ajaran Islam yang menyusahkan atau adat Melayu sebenarnya yang menyusahkan mereka untuk berkahwin. Mereka membuat persiapan yang bersungguh-sungguh untuk majlis kenduri kahwin dengan mengumpul duit bertahun-tahun serta perlu ditambah pula dengan pinjaman bank. Sebaliknya mereka tidak mempunyai persiapan yang secukupknya untuk menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Akibatnya majlis kenduri kahwin dapat dilaksanakan dengan hebat akan tetapi perjalanan hidup sebagai sebuah keluarga suami , isteri dan anak-anak menjadi porak peranda.
..:: kahwin minah kilang ade diskaun kot..muahaha..lagu "minah kilang" satu !! ::..

Subscribe to:
Posts (Atom)